102 pain darah berjaya dikumpul di Megalong Mall

Sebahagian daripada kakitangan Hospital yang bertugas bersama AJK Pendarah bergambar kenangan selepas kempen selesai.

PENAMPANG: Kempen Derma Darah anjuran bersama Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) dengan Persatuan Talasemia Sabah dan Pertubuhan Kebajikan Melati Sabah (Melati) 5 Oktober lalu berjaya menarik penyertaan 153 orang namun hanya 102 yang berjaya menderma.

Penganjur Bersama (dari kiri) Presiden Pendarah Alix Sunggin, Presiden Persatuan Thalasemia Sabah Francis Mujim dan Presiden Melati Linda Dunstan

Pengerusi Penganjur yang juga Presiden Pendarah Alix Sunggin berkata, Kempen bermula seawal jam 10 dan berakhir jam 4.30 petang mendapat sambutan luar biasa apabila kaunter diserbu sebaik sahaja kaunter dibuka seawal jam 10 pagi dan ada yang menyatakan sudah menunggu sejak jam 7 pagi.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma darah dan semua NGO dan syarikat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan kempen kali ini. Kempen sangat berjaya dan melebihi sasaran penganjur iaitu 100 pain darah”.

Sebahagian daripada orang ramai yang mendaftar sebagai penderma darah di kaunter Derma Darah seawal jam 10 pagi.

“Antara lain NGO dan syarikat yang terlibat kali ini adalah Lions Club of Kota Kinabalu City, Pertubuhan Orang Asal Sabah (Orang Asal), Event Finders, Megalong, UPKO Bahagian Penampang, Ahmadiyya Muslim Community, Persatuan Anak Negeri Sabah (PANSA), Persatuan Kebajikan Bambarayon Kampung Kopungit Kota Kinabalu (Bambarayon), Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Nuluh Kopungit (Pekebun), Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS), McDonald’s, Sabah Navara Truck Owners Association, DSeven Travel & Tours Sdn Bhd, beritaSabah.com, AtukoiFM, ArtVision dan Jabatan Tranfunsi Hospital Queen Elizabeth Dua,”

Sebahagian daripada AJK dan Presiden NGO serta wakil Syarikat bergambar kenangan bersama

“Dalam kempen tersebut Pihak penganjur telah menyediakan goodies beras 10kg sebanyak 50 kampit beras 5kg sebanyak 50 kampit diberikan kepada penderma sebagai penghargaan semua beras adalah hasil sumbangan dari NGO dan Syarikat yang terlibat, Kata Alix.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *