Enol Sham“Finalis CLPM Musim 5” Tampil Dengan Single Terbaharunya

Pepatah lama ada mengatakan bahawa Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu. Begitulah yang terjadi dalam hidup seorang anak seni tempatan Sabah yang lebih dikenali sebagai Enol Sham dikalangan rakan-rakan seni dan peminatnya. Mana tidaknya Enol yang pada asalnya merupakan seorang pemain drum kumpulannya iaitu Grenade (2012) telah berkecimpung pula sebagai penyanyi solo dan akhirnya menjadi salah seorang Finalis dalam Konsert Akhir Carta Lagu Paling Manang (CLPM) bagi musim ke 5 anjuran Sabahfm yang telah diadakan di daerah Sandakan, Sabah.

Meskipun tidak dinobatkan sebagai Juara Lagu CLPM Musim 5, namun beliau tetap bersemangat untuk meneruskan langkahan kerjayanya sebagai penyanyi baharu di Sabah dan jika tiada halangan akan release single keduanya yang bertajuk Berakhir Cerita Cinta. Lagu ini menurut Enol telah pun memasuki fasa rakaman suara di Pusakag Production dan sedang menunggu untuk dilancarkan secara rasminya kelak. Tambah Enol lagi, single pertamanya adalah kolaborasi bersama Sdr. Dalinsing Dapir (MrDD) manakala single kedua pula adalah hasil kolaborasinya bersama Abg Nazri Saidal. Enol juga turut memberitahu bahawa beliau merancang untuk berkolaborasi pula bersama Joeh Rocasia bagi single ketiganya kelak.

Enol turut menaruh harapan agar single keduanya nanti akan mendapat sambutan serta diterima oleh semua pendengar di seluruh sabah. Teruskan menyokong Enol Sham dan seluruh artis tempatan Sabah luah Enol dengan penuh semangat positif yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *