Jj Sham artis tempatan Sabah yang semakin menyinar

“… bila tintamku pedi bana eyen teresoku, janji setianu niakan ngembanan aku… (Kasih Selanga Kinabalu, Jj Sham)”, bait-bait lirik ini sebenarnya merupakan kepunyaan seorang penyanyi tempatan Sabah yang semakin menyinar dan siapa lagi kalau bukan Sdr. Jj Sham. Jj Sham atau nama sebenarnya Jaimulhisam Jamuan berasal dari daerah Kota Belud, Sabah. Minat mendalam terhadap lagu-lagu dalam Bahasa ibunda iaitu Suku Kaum Bajau menjadi inspirasi untuknya melahirkan lagi beberapa lagu seperti  Dendo Manisan, Runsai Samba SAMA, Laman Kasih Setemu berduet bersama Hanim Azan, dan lagu Kesyukuran Nampang Syawal bersama Hanim Azan dan Yusri Kassim.

Jj Sham sebenarnya gemar mempelbagaikan genre lagu seperti Balada, Ppo Rock, Rock dan lain-Lain. Tidak hairanlah sebelum ini kebanyakkan lagu Bajau hasil sentuhannya adalah lagu lagu terdiri dalam genre Dangdut dan menjadi kegemaran peminat-peminatnya yang menetap di sekitar daerah Kota Belud, Tuaran, Sepanggar dan Kawasan Pantai Barat Sabah. Bercita-cita tinggi dalam bidang seni, Jj Sham juga sedang mengembangkan bakatnya mencipta lagu Melayu versi Sabahan yang mana sedang menyiapkan 2 buah lagu bahasa Melayu. Satu lagu berkonsep lagu Rakyat dan satu lagi Lagu Rancak.

Apabila diajukan pertanyaan mengenai artis-artis tempatan Sabah, Jj Sham memberitahu antara insan-insan seni suara yang menjadi sumber inspirasinya ialah En. Arbis Sidek, En. AK Muhiddin, En. Rablin Norbin, En Dino Menara, Abu Bakar Ellah (Ampal), Asmin Mudin, serta Kumpulan Rocasia ujar beliau. Sepanjang penglibatan Jj Sham dalam bidang seni suara ini beberapa kejayaan dan pencapaian yang diperolehi antaranya Finalist The Voice of Sandakan 2017, Finalist Carta Lagu SAMA 2017, Lagu Popular Radio Digital KBHitzFM 2017 dan banyak lagi. Disamping itu, beliau bersyukur kerana sering dijemput untuk membuat persembahan di Konsert Artis Sabah sempena Konvokesyen ke 19 UMS, Menjadi Finalis The Voice of Sandakan, Persembahan lagu dlm Promosi Lagu SaMa di Padang Pekan Papar 2016. Jjsham turut sama meluahkan rasa penuh semangat dan menyatakan harapannya agar akan ramai lagi penggiat seni dalam kalangan beliau di Sabah terus memperjuangkan lagu-lagu Bajau di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *