Kempen Derma Darah di Tuaran 3 November; Saringan Kesihatan Percuma Disediakan… Turut disediakan Saringan Enjin Kereta Berkomputer Percuma

Suasana Kempen Derma Darah anjuran PENDARAH yang diadakan di Tugu Peringatan Inanam baru-baru ini

TUARAN: Orang ramai dialu-alukan tampil menderma darah pada 3 November ini bertempat di Dewan Belia, Gereja Seventh-day Adventist (SDA) Roun-Labuaya Jalan Topokon, bermula jam 9:00 pagi hingga jam 1:00 petang bagi menampung kekurangan bekalan darah di seluruh hospital kerajaan.

Presiden Pendarah Alix Sunggin berkata kempen adalah anjuran bersama Gereja SDA Labuaya Tuaran, Persatuan Penderma Darah Sabah – Pendarah dan Unit Tabung Darah Hospital Tuaran.

“Selain derma darah dan saringan kesihatan secara percuma kita juga ada saringan enjin kereta berkomputer dan menyediakan saguhati berupa beras 5kg untuk 50 orang penderma darah terawal.

“Saya berharap orang ramai terutama di sekitar Tuaran dapat meluangkan masa untuk menjayakan kempen mulia yang mampu menyelamatkan nyawa orang lain,” Kata Alix

Orang ramai juga akan berpeluang mendapatkan khidmat saringan kesihatan percuma yang akan disediakan semasa kempen ini.

Disamping itu juga, Lii Yung Auto Care akan menyediakan khidmat saringan enjin kereta berkomputer secara percuma. Demikian dinyatakan oleh salah seorang AJK Penganjur sehubungan dengan program ini.

Oleh itu, sesiapa pemilik kenderaan dengan enjin yang berkomputer digalakkan untuk datang bagi mendapatkan khidmat percuma yang pertama kali diadakan bersama dengan siri kempen menderma darah yang dianjurkan bersama dengan Pendarah.

50 penderma pertama yang berjaya akan menerima satu kampit beras 5 kg yang disediakan oleh penganjur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *