Madius Memuji Usaha Persatuan Angkat Berat Sabah

Madius  menerima cenderakenangan dari Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah, Philip Gisan.

KIULU: Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau memuji Persatuan Angkat Berat Sabah atas usaha gigih mereka melahirkan dan membangunkan sukan itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa perasmian Kejohanan Angkat Berat Senior dan Junior Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Kiulu pada Isnin lalu.

“Melihat kepada para atlet muda, saya merasa bahawa mereka sememangnya komited untuk mencapai kejayaan, kecemerlangan dan malah berkhidmat untuk masyarakat.

“Secara khusus, saya terharu melihat rakan saya Philip Gisan, Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah, setiausaha beliau Bell Yasoi dan Naib Presiden Henry Apok dan kesemua ahli pasukan yang telah bekerja keras dalam mempromosi dan menjayakan kejohanan ini,” ujar Madius.

Kejohanan yang turut disertai oleh 40 atlet yang mewakili Kiulu, Tambunan, Tuaran dan Kota Kinabalu telah diadakan di Kiulu sebagai tuan rumah buat pertama kalinya.

Sementara itu, selain daripada mempromosikan sukan itu di daerah ini, ia juga akan bertindak sebagai satu platform untuk memilih para atlet bagi mewakili negeri pada Kejohanan Kebangsaan yang akan diadakan di Segamat, Johor pada 28 September hingga 3 Oktober akan datang.

Sementara itu, Madius memuji kerja keras yang dipamerkan oleh Philip, yang kebetulan berasal dari Kiulu yang, menurut beliau, sudah bergiat dalam sukan ini selama 30 tahun.

“Ini adalah kerja keras 99 peratus,” katanya. Menurutnya lagi, Sabah telah melahirkan ramai atlet yang telah berjaya di peringkat kebangsaan dan juga antara bangsa seperti Matin Guntali, Ranjunit Pangkat, Nicholas Wong, Asli Udin, Loro Welkinson, Constantine Pamilus dan Frenceay Titus.

Turut hadir pada kejohanan tersebut ialah Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *