MADIUS PEMIMPIN UNTUK SEMUA

MADIUS (kanan) dimajlis penyerahan ternakan korban pagi tadi…. perkhidmatan untuk semua

TAMPARULI: UPKO, yang menghargai kebebasan beragama, akan senantiasa memberikan sokongan serta kerjasama jitu kepada semua amalan yang baik.

“Saya beragama Kristian, tetapi saya tidak ada masalah menyokong penuh pindaan terhadap rang undang-undang bagi meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa lalu,” ujar Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

“Kesemua ahli DUN UPKO menyokong pindaan itu. Kami, saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia di Sabah. Ini adalah amalan kita di Sabah. Yang baik kita sokong, yang tidak betul kita perbaiki,” kata beliau sambil menambah tidak ada agama dan amalan kepercayaan yang sifatnya jahat dan berniat buruk.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2019 yang telah diluluskan dan akan berkuat kuasa pada 9 September, antara lain mengadakan takrif agama Islam dan Ahli Sunnah Waljamaah selain menjadikan sebatan sebagai penalti bagi ajaran doktrin dan pelaksanaan upacara atau perbuatan berhubungan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak serta fatwa.

“Agama, atau pelbagai anutan kepercayaan yang kita nampak di Sabah, semuanya baik. Andai ada yang sebaliknya, itu adalah kerana penganut itu sendiri, dan bukan ajaran agama,” kata Madius yang juga merupakan Presiden UPKO.

“Hari ini, saya berbesar hati serta sama dengan beberapa organisasi di sini, tulus ikhlas menyumbangkan beberapa ekor kerbau untuk Hari Raya Haji yang bakal tiba. Hari Raya Idilfitri lalu, saya teruja mengunjungi rumah-rumah terbuka. Sebelum itu, kita adakan majlis berbuka puasa. Kita juga rayakan Hari Krismas dan keramaian lain. Ini amalan, keharmonian masyarakat kita,” kata beliau lagi.

Madius, yang juga merupakan Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata demikian kepada wartawan selepas penyerahan ternakan korban di Dewan Urusetia di sini pagi tadi.

SIMBOLIK … Madius (kiri) menyerahkan ternakan korban kepada salah satu wakil organisasi pagi tadi

Dalam ucapan alu-aluannya, pengerusi Biro Agama dan Keharmonian Kaum UPKO Tuaran, Ustaz Suffian Kundu melafazkan rasa terharu beliau kepada kepimpinan Madius yang berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum atau kepercayaan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Madius kerana senantiasa memberikan bimbingan dan perkhidmatan yang menyeluruh. Wajar kita semua juga meneladani beliau dan memberikan kerjasama sebaik mungkin agar kita di Parlimen Tuaran ini terus berdaya saing dan progresif,” kata beliau.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Biro Agama dan Keharmonian Kaum UPKO Pusat, Sualim Gopog, Pegawai Daerah Sofian Alfian Nair, ADO Tamparuli Joseph Bangguan, dan Ketua Polis Tuaran DSP Hamizi Halim.

*MADIUS: Adat, Tradisi Kini Lebih Terpelihara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *