Yash Riey ingin terus menjadi penghibur masyarakat

Bermula dengan single pertama berjudul Itu Gaya Tidak Manang hasil ciptaan sepenuhnya Yash Riey bersama Careline dengan kerjasama komposer yang tidak asing lagi dalam kalangan pendatang baru di Sabah iaitu Sdr. MrDD (DNI Studio). Sebagai pendatang baru dalam arena seni suara di Sabah seawal tahun 2014, Yash Riey tidak menunggu lama untuk terus mengorak langkah dengan mencabar bakat yang ada dalam dirinya untuk menghasilkan karya-karya seni hasil kolaborasi dengan beberapa penyanyi tempatan Sabah antaranya seperti Anna dengan tajuk lagu Keangkuhanmu dan Hanya Tinggal Kenangan.

Seawal pembabitannya dalam bidang seni ini, Yash Riey mengakui pernah berkolaborasi bersama rakan-rakan seni dari Komuniti Anak Seni Sabah terutama dalam aktiviti-aktiviti persembahan amal kempen derma darah di sekitar Kota Kinabalu melalui komuniti Pertubuhan Penderma Darah Malaysia (PERDARAH). Walaupun masih dalam perancangan penghasilan lagu baharu, namun beliau sebenarnya masih lagi bergiat secara aktif dengan aktiviti berbusking bersama buskers dari Wilayah Persekutuan Labuan iaitu kumpulan N-ISMA BUSKERS di sekitar Labuan.

Yash Riey bersyukur kerana semua insan-insan yang berada disekelilingnya sentiasa menyokong perjuangannya terutama ahli keluarga, kumpulan  Rocasia, rakan-rakan seni malah semua peminat yang mengenalinya dan sentiasa mengikuti perkembangan seni Yash Riey sehingga kini. Harapan Yash Riey kepada seluruh rakan seperjuangannya tidak kira secara solo ataupun bergerak secara berkumpulan agar terus maju ke hadapan seperti mana yang beliau impikan iaitu untuk terus menjadi seorang penghibur untuk masyarakat sekaligus bercita-cita untuk menaikkan bakat dan martabat anak-anak seni Sabah di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *