SANDAKAN: Seramai 235 warga Filipina yang merupakan pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah dihantar pulang ke negara asal mereka, semalam.
Pengusiran kali pertama dibuat tahun ini berkenaan dilaksanakan menerusi Pelabuhan Sandakan.
Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata, proses pengusiran yang dilakukan itu hasil penyelarasan bersama dan kerjasama antara MKN Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan beberapa lagi agensi lain.
“Jumlah keseluruhan PTI yang telah diusir dan dihantar pulang sejak tahun 1990 ialah seramai 591,230 orang.
“Majlis Keselamatan Negara ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam membantu menjayakan proses pengusiran PTI ini demi menunaikan amanah dan kepercayaan rakyat yang tidak inginkan kebanjiran PTI di Malaysia khususnya di negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
More Stories
Datuk Nelson Hulur Bantuan kepada Mangsa Banjir dan Tragedi Tanah Runtuh di Papar
Datuk Nelson Suarakan Isu Jalan Pan Borneo Dan Pusingan P’ Di Kampung Mook Kinarut
UPKO kukuhkan pengaruh di Papar, lancar cawangan dan terima 100 ahli baharu di Kampung Novoung