KOTA KINABALU: Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, empat daerah di negeri ini dikesan dilanda wabak kolera antara 29 Mei hingga 25 Jun lalu.
Katanya, daerah itu membabitkan Kota Kinabalu yang mencatat 10 kes, Putatan sebanyak dua kes manakala manakala Tuaran dan Semporna masing-masing mencatat satru kes.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaporkan wabak tersebut berlaku di Kota Kinabalu melibatkan 10 kes, Putatan (dua kes) dan masing-masing satu kes di Tuaran sera Semporna.
“Seramai 13 orang atau 93 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan membabitkan warganegara Malaysia dan sekitar 45 peratus daripada jumlah kes itu membabitkan pesakit berusia antara tujuh hingga 18 tahun.
“Pesakit paling muda adalah bayi berusia setahun dan paling tua, berusia 80 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Christina berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tren kejadian kolera menurun sebanyak 75 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun, dengan pembukaan hampir kesemua sektor, bilangan kes kolera dijangka meningkat akibat kemungkinan pencemaran makanan dan air yang tinggi.
Katanya, antara faktor risiko yang dikenal pasti menyebabkan berlakunya jangkitan ini adalah disebabkan tabiat memakan makanan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna mahupun tidak mencuci peralatan makanan menggunakan air dirawat.
”Penyakit kolera disebabkan bakteria vibrio cholera dan merupakan antara penyakit bawaan makanan dan air yang utama di negeri Sabah.
”Pesakit boleh mengalami gejala seawal beberapa jam hingga lima hari selepas memakan makanan dan minumna yang tercemar oleh bakteria ini,” katanya.
Tambah beliau, gejala kolera adalah cirit-birit yang boleh mengakibatkan badan kehilangan cecair dan sekiranya tidak dirawat boleh mengakibatkan kematian terutama dalam kalangan kanak-kanak dan bayi.
“Penyakit ini boleh merebak di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air bersih, tiada kemudahan tandas yang sempurna dan persekitaran yang tidak bersih.
”Sehubungan itu, JKNS menasihatkan orang ramai sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kolera dengan minum air yang dimasak, membasuh tangan sebelum makan dan mengendali makanan, membasuh tangan selepas menggunakan tandas serta memastikan makanan laut dan daging dimasak dengan sempurna,” katanya lagi.-http://beritasabah.com

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad