Ini hari kes naik lagi jadi paling tinggi. Hampir 23,000 kes ini kali

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi kes harian Covid-19 dengan 22,948 jangkitan dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Rekod sebelumnya adalah 22,242 kes yang dicatatkan pada 12 Ogos.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,489,460.

Hisham berkata, terdapat 21,720 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 sebanyak 1,220,446.

Terdapat 255,534 kes aktif dengan 1,060 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 528 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 178 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian dicatatkan setakat ini 13,480 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 7,175.

Ia diikuti dengan Ini diikuti Sabah (2,583), Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), Kuala Lumpur (1,439), Kelantan (1,271), Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621), Negeri Sembilan (556), Perlis (42), Putrajaya (26) dan Labuan (9).

Sabah dan Perak memecah rekod kes tertinggi hari ini, dengan Sabah mempunyai 2,413 kes baru semalam dan rekod tertinggi Perak sebelum ini adalah 1,215 pada 21 Februari.

Hisham berkata, sebanyak 178 kes kematian hari ini melibatkan 65 kes di Selangor, 36 di Johor, 23 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 di Sabah, masing-masing lapan di Pulau Pinang, Pahang, dan Melaka serta lima di Kelantan.

Selain itu, masing-masing empat kes dilaporkan di Negeri Sembilan, Sarawak, dan Terengganu, serta masing-masing satu kes di Kedah dan Perak.

“Kes kematian itu membabitkan 155 warganegara dan 23 orang bukan warganegara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan data terkini pada 18 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.33), diikuti oleh Sarawak (nilai RT 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.19).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan,” katanya.