PAPAR – Datuk Nelson turun padang melawat kawasan terjejas di Daerah Papar bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir serta keluarga yang kehilangan ahli tersayang akibat tragedi tanah runtuh.

Bantuan diagihkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Papar dan beberapa kampung sekitar yang dilanda musibah.

Selain menyerahkan bantuan asas dan bakul makanan, lawatan tersebut juga bertujuan mendengar keluhan mangsa bagi memastikan bantuan susulan lebih tersusun dan berkesan.

“Fokus kita sekarang adalah bantuan segera seperti makanan dan keperluan harian. Paling menyentuh hati ialah keluarga mangsa tanah runtuh yang kehilangan beberapa ahli keluarga. Ini tragedi amat menyedihkan, dan mereka memerlukan sokongan berterusan,” kata Datuk Nelson.

Antara sumbangan yang diberikan bantuan Bakul makanan termasuk pemasangan khemah di lokasi tanah runtuh di Kampung Tuntul Marahang untuk kegunaan keluarga terjejas.
Jumlah mangsa dijangka terus meningkat sekiranya hujan berterusan, manakala pihak berkuasa mengingatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pemindahan.

More Stories
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN
Program Living Lab UMS Tingkatkan Keupayaan Komuniti Tempasuk