PAPAR – Sebanyak 203 ketua isi rumah (KIR) dari empat kampung yang terputus hubungan akibat bencana banjir baru-baru ini menerima bantuan bakul makanan daripada Datuk Nelson.
Bantuan tersebut diagihkan kepada penduduk di Kampung Sabandil (155 KIR), Purak (24 KIR), Kopimpinan (17 KIR) dan Novoung (7 KIR) yang terjejas akibat banjir.

Penyaluran ini dilaksanakan sebagai respon segera bagi membantu penduduk yang mengalami kesulitan setelah akses jalan ke kawasan terbabit terputus akibat paras air yang masih tinggi.
Dalam lawatannya, Datuk Nelson menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap keadaan yang dialami penduduk.
“Saya memahami betapa sukarnya keadaan ini, khususnya apabila akses jalan masih tidak dapat dilalui. Bantuan ini diharap meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terjejas” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen untuk terus memantau keadaan bagi keselamatan penduduk kampung,
Penduduk yang menerima bantuan berterima kasih atas perhatian dan sumbangan tersebut, sambil berharap agar keadaan pulih secepat mungkin.

More Stories
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN
Program Living Lab UMS Tingkatkan Keupayaan Komuniti Tempasuk