Kuala Lumpur, 9 Sept —
Senator Datuk Nelson hari ini membangkitkan isu kemudahan jalan raya di Sabah selepas sesi pertanyaan di Dewan Negara.
Beliau menekankan bahawa kekurangan lampu jalan raya dari Kampung Manggis hingga Benoni, serta di sepanjang laluan Pan Borneo dari Donggongon ke Benoni, telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna jalan raya.
Menurutnya, keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan, malah meningkatkan risiko keselamatan terutamanya pada waktu malam.
Selain itu, Datuk Nelson turut menyoroti masalah pusingan P di Kampung Mook, Kinarut, yang disifatkan menyukarkan pergerakan dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.
“Isu-isu ini bukan sahaja melibatkan keselesaan, tetapi juga keselamatan rakyat Sabah. Saya berharap pihak kementerian dan agensi berkaitan dapat memberikan perhatian serius dan segera mencari jalan penyelesaian,” tegas beliau.
Datuk Nelson menambah bahawa penekanan terhadap aspek keselamatan perlu diberikan seiring dengan pembangunan infrastruktur mega seperti Pan Borneo, kerana rakyat berhak menikmati kemudahan jalan raya yang selamat, selesa dan terancang.

More Stories
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN
Program Living Lab UMS Tingkatkan Keupayaan Komuniti Tempasuk