Tambunan: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menerusi inisiatif Program Bantuan Mesra Rakyat (BMR) telah membina 7 buah rumah di seluruh Sabah bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik pada tahun ini.
Pengerusi SESB, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, program tersebut merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SESB.
“Program sebegini amat berimpak tinggi kerana pemilihan adalah daripada golongan yang memang memerlukan”
“kita berharap melalui ini, SESB akan lebih dekat dengan pengguna sebab kita sangat prihatin tentang perasaan rakyat terhadap perkhidmatan SESB di seluruh Sabah.”
Madius berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyerahan rumah siang tadi.
Dalam pada itu, penerima bantuan rumah BMR, Ening Dungu, menzahirkan perasaan syukur dan beterima kasih terhadap pihak SESB di Kampung Dabata, Tambunan hari ini.
“Ribuan terima kasih kepada SESB kerana memberi bantuan rumah kepada saya. Dulu, rumah saya sangat buruk tetapi sekarang sudah bagus dan selesa.”
Menurutnya, kediaman yang baru dibina itu, dilengkapi dengan pemasangan meter elektrik dan air.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan,
Untuk rekod, SESB menerusi CSR yang sama pada tahun ini turut membina rumah BMR di Tuaran, Ranau, Kundasang, Kinabatangan, Tawau dan Kimanis

More Stories
Sunduan Nabalu : Hak 40 peratus –Maruah dan ekonomi kini di Sabah
PERTUBUHAN ORANG ASAL SABAH SERU KERAJAAN PUSAT DAN AGC TIDAK TERUSKAN RAYUAN ISU 40% HASIL SABAH
Rayuan AGC Gugat Keyakinan Pelabur, Iklim Ekonomi Sabah – BAYAHAN