KOTA KINABALU : Lebih 20 orang gurulatih (Jurulatih) Persatuan Seni Silat Bingkasan Sabah (Bingkasan) telah menyertai aktiviti Hiking di Bukit Kopungit 19 Oktober lalu.
Yang Dipertua (YDP) Bingkasan Encik Ts. Amir Solibung berkata, aktiviti hiking atau mendaki dibuat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kesabaran, ketahanan mental, semangat kerjasama, selain mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli dan gurulatih.
“Menghadapi kesukaran semasa mendaki seperti cuaca dan laluan yang mencabar dapat mengajar peserta untuk bersabar dan menjadi lebih tahan lasak dari segi mental.

“Kami juga menghabiskan masa berkualiti bersama dalam suasana yang berbeza daripada rutin harian kami memandangkan peserta daripada pelbagai latar belakang untuk sama-sama mencapai matlamat bersama.
“Dan paling menarik pengalaman mendaki dan menikmati pemandangan indah bersama akan menjadi kenangan yang boleh dikongsi dan diingati bersama pada masa akan datang,”kata Amir.
Turut sama dalam Hiking tersebut adalah Setiausaha Agung Encik Alix Sunggin, dan Bendahari Encik Zeno Satim.

More Stories
65 Karya Dipamerkan di Pameran Kaligrafi GAH-UMS
Galeri Azman Hashim UMS Bantu Martabat Karya Seni Tempatan
Jabatan Bendahari UMS Terus Tradisi Program ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’