7 lokaliti PKPD termasuk di Sabah

Tujuh lagi lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 21 Ogos hingga 3 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, tujuh lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD bermula 21 Ogos hingga 3 September adalah seperti berikut:

Sabah

  • Dua Lokaliti di Telupid membabitkan Kampung Gambaron 1 dan Ladang Ribu Bonus.
  • Dua perumahan ladang di Beluran, iaitu Perumahan Ladang Cepat Wawasan 7000 dan Perumahan Ladang Meridian Paitan.

Kelantan

  • Dua perkampungan Orang Asli di Pos Blau Gua Musang melibatkan Kampung Blau dan Kampung Batang.

Pahang

  • Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Bentong.

Lanjutan PKPD hingga 3 Sept

  • Taman Nilam (Zon biru) Mukim Kuah, Langkawi, Kedah.
  • Dua lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulai Sebatik, Sabah.
  • Kompleks Penjara Bentong termasuk kuarters, Bentong, Pahang

Penamatan PKPD pada 20 0gos

  • Kampung Morak, Mukim Kebakat, Tumpat, Kelantan.
  • Perumahan Kilang Sawit Veeta, Tongod, Sabah.
  • Felda Sungai Koyan 1 & 2 Lipis, Pahang.