Datuk Nelson Sumbang Peralatan Paip Air kepada Mangsa Banjir di Kampung Tanaki

PAPAR – Penduduk Kampung Tanaki yang terjejas teruk akibat banjir baharu-baru ini menerima sumbangan berbentuk peralatan paip air daripada Datuk Nelson Wences Angang

Sumbangan tersebut disampaikan secara langsung oleh Datuk Nelson dalam satu majlis simbolik di kampung tanaki pagi tadi. Peralatan paip yang disumbangkan termasuk paip PVC, injap, pili air serta alat ganti lain yang sangat diperlukan untuk membaiki sistem bekalan air yang rosak teruk dilanda banjir.

Dalam ucapannya, Datuk Nelson menyatakan rasa simpati mendalam terhadap kesusahan yang dialami oleh penduduk kampung.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban dan mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke setiap rumah,” ujar Datuk Nelson.

Penduduk Kampung sekitar Tanaki, mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang amat bermakna itu.

“Sumbangan ini sangat tepat pada masanya. Sistem paip di kampung kami rosak teruk, dan kebanyakan penduduk masih tidak mendapat bekalan air bersih. Sumbangan Datuk Nelson bukan sahaja membantu memulihkan bekalan air, malah membawa sinar harapan kepada kami semua,” katanya.

Kehadiran Datuk Nelson turut disambut oleh penduduk kampung yang terlihat begitu terharu dan bersyukur dengan bantuan yang diterima. Diharapkan dengan sumbangan ini, proses pemulihan di Kampung Tanaki dapat berjalan dengan lebih lancar.