Polis negara Filipina dilaporkan berjaya menembak mati salah seorang perancang utama kegiatan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di perairan Sabah, dalam kejadian di negara jiran itu, kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan kumpulan militan berkenaan.
“Sub Komander kumpulan militan berkenaan yang dikenali sebagai ‘Apo Mike’ disahkan mati ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina.
“Bagaimanapun kita masih menunggu maklumat lengkap mengenai kejadian itu,” katanya dihubungi, sebentar tadi.
Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan adalah seorang sub-komander Abu Sayyaf.
Apo Mike dipercayai mengetuai beberapa siri penculikan termasuk kes penculikan empat rakyat Sarawak di perairan Semporna, Sabah berhampiran Pulau Ligitan pada 2016.
Apo Mike juga adalah antara 21 senarai penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSSOM) kerana terbabit aktif melakukan jenayah termasuk penculikan yang berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). – Asia Times

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad