Dua maut, seorang parah dilanggar oleh sebuah kereta pacuan empat roda ketika sedang menukar tayar di Batu 5, petang tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan, Penguasa Bomba (PB) Martin Thomas berkata dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
“Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah telah diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata identiti ketiga-tiga mangsa masih belum diperolehi setakat ini.
Martin berkata pihaknya menerima laporan kemalangan itu lebih kurang jam 1.21 petang.
“Pasukan dari Balai Bomba Sandakan telah digerakkan ke lokasi kejadian yanh terletak 6 kilometer dari balai bomba,” katanya.
Beliau berkata operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Rosmedian Haji Majid dengan kekuatan 8 anggota penyelamat bersama kekuatan logistik sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS.
“Laporan ketua operasi memberitahu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda dan sebuah van pengangkutan awam,” katanya.
Thomas berkata mengikut laporan saksi di tempat kejadian mengata pacuan empat roda telah melanggar van pengangkutan awam yang sedang berada di bahu jalan.
Beliau berkata ketiga-tiga mangsa terdiri daripada pemandu dan penumpangnya dikatakan sedang menukar tayar van yang pancit di tepi jalan sebelum kejadian berlaku.
“Pihaknya telah mengeluarkan seorang mangsa dari bawa kenderaan pacuan empat roda,” katanya.
Beliau berkata pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kejadian.
Martin berkata mayat mangsa telah dihantar oleh pihak polis ke Hospital Duchess Of Kent untuk dibedah siasat. – Utusan Borneo

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad