Masa depan Sabah terletak pada desentralisasi dan demokrasi yang kompetitif, bukannya ‘amal diktator’

Sejarah telah menunjukkan bahawa sebagai wilayah minoriti, Sabah menderita di bawah autoritarianisme dan berkembang di bawah demokrasi. Di bawah pemerintahan tahun-tahun autoritarian iaitu tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an, Sabah mengalami kerugian yang teramat di setiap bidang, daripada pemilikan petroleum luar-pesisir, kebebasan beragama dan kebudayaan, kepada kekuatan politik yang dilemahkan oleh PATI dan diberikan hak mengundi di bawah Projek Mahathir.

Sebaliknya, tsunami politik pada tahun 2008 dan perubahan rejim pada tahun 2018 telah meningkatkan kekuatan daya tawar Sabah dan Sarawak ketika Kerajaan Persekutuan dilemahkan dan dipaksa untuk mendemokrasikan dan membuat beberapa langkah awal dalam proses desentralisasi.

Pemimpin Sabah tidak sepatutnya menjual kepentingan Sabah dan rakyat Sabah dengan menyokong pemerintahan diktator di bawah NOC/Mageran.

Sekalipun seorang pemimpin dari Sabah dilantik sebagai orang nombor 2 dalam oligarki yang tidak terpilih, rakyat Sabah dan Malaysia akan kerugian daripada penumpuan dan korupsi kuasa di Putrajaya. Setelah kebebasan dan kekayaan kita dirampas oleh diktator di peringkat persekutuan dan negeri di abad yang lalu, Sabah mesti menolak dengan tegas sebarang bentuk dan promosi ‘amal diktator’.

Demi kepentingan negeri, semua parti yang berpusat di Sabah mesti mempertahankan demokrasi berparlimen, menuntut untuk mengakhiri Darurat serta pembukaan kembali dan pemerkasaan parlimen, dan terus menyokong penyahpusatan, bukannya bersorak untuk kebangkitan autoritarianisme ala 1970.

Manfaat terunggul untuk Sabah akan terjawab apabila semua parti yang berpusat di Sabah bersaing untuk menawarkan polisi yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Sabah. Walaupun UPKO merupakan parti kelahiran Sabah yang mempunyai cawangan di Semenanjung Malaysia, kami mengalu-alukan persaingan dasar yang sihat dari semua parti, samada ia secara eksklusif untuk rakyat Sabah ataupun cawangan negeri beberapa parti nasional.

Politik yang baik atau buruk boleh diangkat secara esklusif oleh parti-parti tempatan atau cawangan negeri parti-parti nasional. Apabila seorang pentaksub ala Malaya yang menyokong pemisahan agama menyeru untuk diadakan pengasingan troli halal dan tidak halal di Keningau, tindakan ini sungguh mengejutkan dan tragis apabila sebuah parti yang dilantik memanggil diri sendiri sebagai juara Sabah mewakili kawasan parlimen Keningau mempertahankan pemisahan dan parokialisme agama Kami mengulangi seruan kami kepada kerajaan negeri Sabah untuk mencontohi Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh UMNO untuk mengadakan rundingan “Confidence and Supply Agreement” (CSA) dengan parti-parti pembangkang bagi memastikan kestabilan politik dan persaingan yang sihat dalam politik negeri.

Kerajaan negeri harus bersikap adil dengan semua anggota DUN dalam peruntukan kawasan pilihan raya, pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas, dan rundingan dasar secara umum.

Semua parti juga harus berhenti daripada memujuk Ahli-ahli Parlimen (lawmakers) untuk melakukan ‘crossover’. Marilah kita tunjukkan kepada semua bahawa kita orang Sabah mampu berdepan dengan persaingan yang matang dan sihat untuk melayani masyarakat dengan lebih baik dalam semangat Team Sabah di tengah pandemik ini.

Felix Joseph Saang
Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)