8 lokaliti di Sabah kena suruh PKPD mulai 16 Ogos

Sebanyak lapan lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 16 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini berkata, satu lokaliti di Pahang juga terlibat dalam pelaksanaan PKPD.

Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD;

Pelaksanaan PKPD bermula 16 hingga 29 Ogos adalah seperti berikut

Sabah;

  • Dua lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya
  • Dua lokaliti di Ranau, melibatkan Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang
  • Perumahan Ladang Excellent Challenger II, Beluran
  • Pekan Donggongan, Penampang ( Blok G, H, K, L, Megalong dan Kawasan Perbandaran Donggongan Fasa 2)
  • Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud
  • Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat

Pahang;

  • Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu, Cameron Highlands

Pelanjutan PKPD pada 15 hingga 28 Ogos

  • Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah

Penamatan PKPD pada 14 dan 15 Ogos

Sabah;

  • Empat lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Lorong Kuala Laut Likas, Kampung Warisan, Kampung Rakyat Baru, Kuarters Pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom
  • Kampung Tinusa 2, Sandakan
  • Dua lokaliti di Beaufort, Sabah melibatkan Lorong 3, Kampung Klias Baru dan Kampung Melulugus

Pahang;

  • Dua di daerah Rompin, melibatkan Bandar Melati dan Ladang Senang

Selangor;

  • Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara, Petaling

Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, semalam sebanyak 149 kompaun dikeluarkan dan enam lagi direman atas kesalahan ingkar SOP.

Katanya, semalam 96 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Tambahnya, empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan empat buah kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.