Angka mati sudah lepas angka 12,000 – ini hari ada 20,670 kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 20,670 kes Covid-19 dan 260 kematian setakat hari ini dengan jumlah kematian mencecah angka 12,000.

Jumlah kes baharu menunjukkan sedikit penurunan daripada 21, 468 jangkitan yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,384, 353.

Hisham berkata, terdapat 17,655 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 1,128,183.

Terdapat 243,942 kes aktif dengan 1,096 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 540 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 260 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 12,228 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 6,606.

Ia diikuti oleh Kuala Lumpur (2,028), Kedah (1,796), Sabah (1,752), Johor (1,425), Kelantan (1,370), Pulau Pinang (1,251), Perak (1,003), Pahang (794), Negeri Sembilan (727), Sarawak (725), Terengganu (560), Melaka (521), Perlis (61) dan Putrajaya (51).

Tidak ada kes baru yang dilaporkan di Labuan.

Hisham berkata, sebanyak 260 kes kematian dilaporkan membabitkan 77 kes di Selangor, 56 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50 kes di Johor, 18 kes di Perak, 16 kes di Negeri Sembilan, 14 kes di Kedah, 10 kes di Sabah, lapan kes di Melaka.

Manakala, lima kes di Terengganu, masing-masing dua kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Pahang.

“Kes kematian itu membabitkan 195 warganegara dan 65 orang bukan warganegara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 13 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.41) diikuti oleh Sabah, Kelantan, dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.18), serta Sarawak (nilai RT 1.15).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya.