MG Anita (dua dari kiri), melepaskan tiga ekor burung (yang dikenali dalam bahasa Dusun sebagai Turipos) ketika merasmikan pesta Pathfinder Zon 1 sambil disaksikan oleh (dari kanan) MG Robit Oguno, MG Pr. Juji Lamam dan MG Pr. Feldinand (tiga dari kanan), turut hadir Ikon Belia Nauru Yanadido (kiri).
By Aisacc BJSim
KOTA MARUDU: Ahli kelab Patfinder merupakan duta penyelamat dalam menegakkan keharmonian serta memupuk sifat saling mengasihi sesama menusia sambil menjadi pemandu kepada mereka yang masih tidak punya pengharapan dan keselamatan masa hadapan kata Master Guide (MG) Datuk Anita Baranting.
“Ahli Kelab Pathfinder perlu aktif dalam mengikuti pelbagai acara dan tuntutan selaku ahli kelab itu. Mereka merupakan duta penyelamat dakam menegakkan keharmonian serta memupuk sikap salong mengasihi sesama manusia, “ Kata Anita.
Anita, diiringi oleh Juji memeriksa perbarisan terdiri daripada 15 kontejan pesta Pathfinder zon 1 (Pantai Barat Utara)
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tandek seterusnya berkata bahawa ini adalah bagi membolehkan seseorang ahli mengasa bakat serta menambahkan pengatahuan dari segi ilmu kehidupan atau sevaival tetapi juga memperolehi kekuatan mental, rohani dan spiritual yang tidak ada terdapat didalam kelab selain kelab tersebut.
Katanya lagi, peluang semasa belia muda remaja lagi telah di habiskan dengan pelbagai kegiatan yang telah mendewasakan beliau seperti kegiatan yang telah dilakukan dan disertai dalam program tiga hari itu. Katanya, undang undang Patfinder Pladge & Law haruslah dijadikan pedoman hidup dan dapat diapikasikan dalam membentuk keperibadian seorang insan yang amat berguna walau dimanapun merEka akan berada kelak.
“Untuk menjadi seorang pemimpin yang berintergriti maka wajiblah melalui pelbagai cabaran dan pengalaman berguna seperti yang telah saya sendiri lalui semenjak zaman remaja lagi iaitu pada awal tahun 1960an,” tambahnya.

Sebahagian 900 Ahli Pathfinder turut serta. Gambar ini diambil dari atas High Tower yang didirikan sebagai sebahagian acara displin yang wajib diselesaikan secara berkumpulan.
Anita berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Patfinder Zon 1 yang disertai oleh empat wilayah terdiri daripada 25 buah daerah pastoral seluruh Zon Pantai Barat Utara Sabah di padang Sekolah Menengah Advent Goshen pada Ahad, dan mensifatkan kehadiran 1,000 ahli dan pegawai serta pengarah kelab sebagai antara pesta yang terbaik dianjurkan di mana begitu kemas dan teratur sesuai dengan temanya iaitu “The truth Will Set You free” tahun ini.
Sementara itu Pengarah Belia Seventh-day Adventist Sabah Mission, Pastor Feldinand Sawanai (gambar) dalam amanatnya berkata, Pathfinder Fair peringkat zon 1 di wilayah utara Sabah merupakan penganjuran terakhir dibuat bagi membolehkan lebih ramai ahli Patfinder yang dapat hadir untuk menyertai kegiatan yang telah dirancang selain membolehkan persediaan lebih rapi dikalangan kontinjen.
Katanya, Zon 1 wilayah utara mempunyai keahlian paling ramai dan penganjuran paling baik setaraf dengan penganjuran diperingkat negeri sambil memuji kerjasama di kalangan ahli jawatankuasa perlaksana yang menjalankan program tiga hari ini.
“Pada tahun ini, Pesta Pathfinder Antarabangsa Asia Tenggara Ke-11 (11th SAUM International Camporee) akan diadakan di Savanah Hill Resort , Ulu Tiram, Johor iaitu pada 11-15 Disember. Seramai 500 ahli Pathfinder dari Sabah dijangka akan menyertai acara ini dan acara yang diadakan adalah antara cara persediaan bagi menghadiri pesta yang akan diadakan di Johor nanti,” kata Feldinand.

More Stories
20 Gurulatih Bingkasan sertai Hiking di Bukit Kopungit
Kids Art & Craft Camp UMS Lonjak Potensi Kreatif Generasi Muda
Matriculation English Immersion Programme (MEIP) Perkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan