30 KES TANGKAPAN BERKAITAN BOM IKAN DIREKODKAN POLIS MARIN BAGI TEMPOH 6 BULAN PERTAMA

Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali

Oleh Ahmad Tamrin
SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah telah merekodkan  sebanyak 30 kes tangkapan dibawah kesalahan Akta Perikanan 1985 dan Akta Bahan Letupan 1957 bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. 
 
Komander PPM Sabah,  ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata,  ‘Polis Marin memandang serius dengan kedua-dua kesalahan ini kerana ianya bukan sahaja merbahaya kepada pelakunya bukan sahaja merbahaya kepada pelaku, malah kepada ekosistem musnah dan juga aktiviti-aktiviti scuba sekitarnya.
 
“Bagi tempoh 6 bulan pertama tahun 2019 ini iaitu mulai bulan Januari hingga Jun sebanyak 23 kes dibawah Akta Perikanan iaitu memiliki barang bahan letupan seperti detonator, baja amonia, kompresor dan peralatan lain yang digunakan sebagai alat menangkap ikan menggunakan bahan letupan. Hasil usaha PPM membanteras kegiatan jenayah di perairan negara termasuk 7 kes dibawah Akta Bahan Letupan 1957 dan merampas barangan bernilai RM100,113,” kata Mohamad Pajeri.
 
Katanya lagi, bagi membanteras jenayah ini operasi mengesan  dan menangkap pelaku diteruskan dengan melaksanakan operasi di seluruh perairan Sabah iaitu dari perairan WP Labuan hingga ke perairan Tawau. Usaha ini bagi mengekang jenayah dari terus berleluasa. 
 
“Kami sentiasa berusaha dalam menjaga keamanan serta mengawal perairan negara. Kita juga akan terus berganding bahu dengan jabatan atau agensi lain dengan mengadakan operasi bersepadu agar matlamat membendung, membanteras dan menghapuskan aktiviti ini dapat dicapai. PPM Sabah sentiasa memberi penekanan memerangi jenayah pengeboman ikan di perairan Sabah, sama ada melancarkan operasi di peringkat PPM, malah mengadakan kolaborasi bersama agensi Penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Perikanan, dan Taman-Taman Sabah secara berterusan,” kata beliau.