BOLEH KELUARKAN WANG KWSP, TEMPOH BAYAR PTPTN DILANJUTKAN

KOTA KINABALU: Wang simpanan dalam akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh dikeluarkan oleh pencarum.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media khas di ibu negara, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, ia tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Sementara itu, kerajaan turut bersetuju melanjutkan penangguhan balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada enam bulan berbanding tiga bulan, sebelum ini.

Muhyiddin berkata, penangguhan itu membabitkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.

“Penangguhan ini yang berkuat kuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September

2020 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN,” katanya./BERITA SABAH