KOTA KINABALU: Sebanyak RM100 juta disediakan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melantik 2,000 kakitangan baru secara kontrak, khususnya jururawat.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media khas di ibu negara, sebentar tadi.
Katanya, langkah berkenaan diambil bagi mengurangkan beban jururawat dan staf perubatan yang keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa bagi merawat pesakit Covid-19.
“Ramai jururawat dan kakitangan hospital yang amat keletihan pada masa ini kerana mereka terpaksa bekerja siang dan malam untuk membuat saringan kes Covid-19 dan merawat mereka yang disahkan positif.
“Saya berharap pengambilan kakitangan baharu ini dapat dibuat dengan segera 5 supaya semua hospital di negara kita mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menangani penularan wabak Covid-19,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ