Bagaimanakah pula dengan kaum “Lain-lain”?
KIULU, 29 Oktober 2017: Rakyat Sabah harus jangan terpedaya untuk terus menyokong BN hanya kerana PM Najib telah membentangkan satu bajet yang kelihatan seperti mesra rakyat dan “populist centred.” Jelas dapat kita perhatikan bahawa bajet 2018 tidak lebih dari sekadar satu umpanan kepada rakyat untuk terus mengundi BN dan mengekalkan dominan UMNO di negeri Sabah.
Rakyat Sabah harus jangan terpedaya dan menjadi keliru dengan umpanan UMNO ini. Banyak perkara yang akan terus menjadi masalah bagi kita orang Sabah selagi UMNO bertapakdi bumi Sabah ini. Masalah sebenar bagi kerajaan di bawah pimpinan UMNO sehingga membebankan rakyat ialah penarikan dan pemansuhan subsidi atas barangan penting hanyakerana kerajaan ini tidak mampu mengurustadbir negara dan negeri ini dengan baik.
Dalam bajet yang dibentangkan Jumaat lalu, Perdana Menteri Najib Razak perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia apa yang dia maksudkan sebagai “Ibu Segala Bajet.” Bagaimanamungkin bajet ini digelar “Ibu Segala bajet” sedangkan ia adalah satu bajet yang defisit? Kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM280.25 billion berbanding sumber pendapatansebanyak RM239.86. Di manakah Najib akan memperoleh RM40.39 bilion defisit ini bagi membolehkan kerajaan beroperasi? Ini kerana daripada RM280.25 billion yang dibelanjakan, RM234.25 daripadanya adalah untuk pengurusan sementara hanya RM46 bilion untuk pembangunan. Bagaimanakah mungkin kerajaan akan mampu mengurus perbelanjaanfiskalnya apabila sedikit jumlah yang diperuntukkan untuk pembangunan yang seharusnya menjadi sumber pendapatan kerajaaan?
Untuk kita, masyarakat KDM, kita harus melihat kepada satu isu penting yang kita tahu bukan sahaja terlepas pandang oleh Kuala Lumpur selama ini tetapi terang-terangan tidakdiendahkan oleh Najib. Sehingga hari ini, di dalam buku para pemimpin di Kuala Lumpur, hanya terdapat empat kategori kaum di negara ini, dan mungkin ada satu kategori yang kelima untuk Orang Asli di Malaya. Empat kategori ini adalah kaum Melayu, India, Cina dan “Lain-lain.” RM1,705 bilion diperuntukan untuk “Kesejahteraan Masyarakat Cina dan India.” Jumlah ini termasuklah RM1.5 bilion untuk diagihkan kepada masyarakat India sebagai tambahan kepada pelaburan di dalam Amanah Saham 1Malaysia. Di samping itu, pengambilan kaum India ke IPTA dan Penjawat Awam baharu ditingkatkan kepada 7%.
Sementara itu, bantuan untuk masyarakat Orang Asli jelas dinyatakan berjumlah RM110 juta untuk Program Bantuan Makanan Komuniti kepada 5,000 pelajar Orang Asli danprogram Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli. Bantuan pengajian berjumlah RM3,000 juga diberikan kepada ibu bapa bagi perbelanjaan persediaan anak-anak keIPTA.
Persoalan yang saya boleh gelarkan sebagai “Ibu Segala Pertanyaan” ialah: Bagaimanakah pula dengan kaum yang mereka gelar sebagai “Lain-lain” yang ada di Sabah dan Sarawak, iaitu kaum Minoriti Asli? Atau untuk lebih spesifik lagi, kaum Kadazandusun, Murut, Rungus, Bajau dan masyarakat lain di Sabah yang terpaksa menyeneraikan diri mereka sebagai“Lain-lain” di dalam borang-borang rasmi kerajaan? Adakah kita sekali lagi “terlepas pandang” oleh Kuala Lumpur?
Untuk pengetahun Kuala Lumpur dan para pemimpin UMNO, Masyarakat suku kaum asli di Sabah juga tertinggal jauh ke belakang dalam semua aspek pembangunan, sama adapembangunan sosio-ekonomi mahupun sosio-budaya. Masyarakat kita juga memerlukan perhatian khusus dari kerajaan pusat.
Bajet 2018 ini juga menunjukkan bahawa UPKO dan PBS, dan juga PBRS, tiga parti dalam BN yang sepatutnya memperjuangkan hak-hak yang sepatutnya diberikan dan dijaminkepada kita di bawah Persetujuan Malaysia 1963 dan khususnya diukir pada Batu Sumpah Peringatan Malaysia tidak mampu dan tidak lagi boleh mewakili kita di dalam kerajaanyang didominasikan oleh UMNO yang terus menerus tidak menghormati jaminan yang diberikan kepada Sabah dan termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Melihat kepada Bajet 2018, saya dan orang Sabah mengharapkan bahawa Najib akan menghormati apa yang disebut sebagai memorandum (apapun kandungannya) yang diserahkanoleh Datuk Dr, Jeffrey Kitingan secara peribadi kepada Perdana Menteri melalui kumpulan yang mereka gelar sebagai MySabah yang diketuai oleh Datuk Seri Anifah Aman suatuketika dahulu berhubung tuntutan Sabah untuk mendapat kembali 40% daripada hasil cukai dari Sabah yang dikutip oleh Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan di dalamPerlembagaan Malaysia. Rakyat Sabah menanti dengan penuh perhatian apa yang MySabah, Jeffrey Kitingan dan Anifah Aman boleh lakukan untuk, menurut Anifah Aman, “generasiorang Sabah akan datang.’ Saya diberitahu bahawa Anifah Aman mendakwa sebagai boleh berbisik secara peribadi kepada Najib dalam isu berkaitan Hak Sabah khususnya berkenaan40% bahagian hasil untuk Sabah. Namun demikian, rakyat Sabah akan terus menjadi kecewa dalam hal ini kerana 40 peratus hasil pendapatan untuk Sabah masih tidak diberikankepada Sabah oleh kerajaan Persekutuan.
Dalam hal ini, satu-satunya cara untuk kita mendapat semula hak kita dan melaksanakan jaminan yang termaktub di dalam MA63 ialah menggantikan kerajaan pimpinan UMNO inipada Pilihanraya Umum ke14 (PRU14) nanti.
Nota: Ucapan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing semasa merasmikan Pejabat PCS N11 Kiulu pada Ahad 29 Oktober 2017 di Pekan Kiulu
More Stories
Konvensyen UPKO untuk permerkasaan parti dan perjuangan rakyat: Ketua Penerangan
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam