KOTA KINABALU: Muhammad Hafiz Firdaus Affendy dan Dayangku Haslyn Suraya Awg Husin akan membawa cabaran Sabah dalam Kejohanan Boling Padang ‘Champion of Champions’.
Kejohanan ‘Singles’ bertaraf kebangsaan itu akan berlangsung di Bukit Kiara, Kuala Lumpur dari Februari 13-16.
Kedua-dua atlet muda negeri berkenaan menempah tiket mereka selepas memenangi kategori masing-masing dalam pertandingan pemilihan pemain yang dikendalikan oleh Persatuan Boling Padang Sabah (Bowls Sabah), di Likas, dekat sini, baru-baru ini.
Hafiz, 19, yang juga anak kepada mantan pemain kebangsaan Mohd Affendy Tan Abdullah menewaskan Lawrence Eging 21-14 dalam perlawanan akhir.
Manakala Ahmad Abbas dan Firdaus Sulaiman mendapat tempat ketiga dan keempat untuk kategori Singles lelaki itu.
Untuk acara wanita pula, pemain berusia 20 tahun Haslyn menewaskan Norcahaya Zakaria, 20-13 pada perlawanan penentuan.
Tempat ketiga dan keempat jatuh kepada Nur Fatin Aqilah Amran dan Rujinah Ajok.
Seramai 17 peserta lelaki dan lapan pemain wanita turut serta dalam pertandingan pemilihan di kalangan pemain-pemain dari Sabah itu.
Pertandingan adalah amat sengit di mana cuma satu tempat masing-masing untuk lelaki dan wanita diperuntukkan untuk mewakili Sabah, di mana pemenangnya adalah Hafiz dan Haslyn.
Presiden Bowls Sabah, Datuk Ladislaus Maluda, berharap Hafiz dan Haslyn akan memberikan persembahan terbaik dan tentangan sengit pada kejohanan Champion of Champions yang juga bakal disertai pemain-pemain terbaik negara.
Ladislaus juga berharap penyertaan kedua-dua atlit muda negeri tersebut dapat membantu mereka dalam persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) di Johor, Julai nanti.
More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee