Penampang: Pasukan Tommy Hardware muncul sebagai juara dalam Pertandingan Open Double Dart Challenge anjuran Pemuda Upko Penampang dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Komuniti Moyog Penampang.
Kemenangan tersebut sekaligus membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3000.
Sementara itu, Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Pemuda UPKO Penampang Billy Joe Dominik berkata, pertandingan itu disertai 42 pasukan yang merebut hadiah terkumpul berjumlah hampir RM10,000.
“Sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan melebihi sasaran. Sebahagian yuran yang dikutip akan digunakan untuk mengisi tabung kebajikan Persatuan Kebajikan Komuniti Moyog Penampang.
“Pemuda UPKO Penampang akan konsisten menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk pembangunan belia di kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Penampang merangkap Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick di Dewan Sigah, Kg.Tuavon, di sini, Ahad lalu.
Dalam pada itu, Paamad SB yang muncul sebagai naib juara menerima wang tunai RM 1200. Manakala, tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh OMG Legend serta UPKO Team A J/W dengan hadiah tunai RM 700 masing-masing. Kesemua pasukan yang mendapat tempat kelima hingga kelapan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.
Bagi kategori 2nd chance, pemenang hadiah pertama telah menerima RM1,000, kedua RM 500 manakala tempat ketiga dan keempat telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 250.
More Stories
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee
Sukma 2024 : Sabah masih kekalkan sasaran 40 pingat emas