Jadikan institusi Huguan Siou suara masyarakat Kadazandusun

Pairin (tengah) bersama ahl jawatankuasa pusat KDCAmemotong kek ulang tahun Huguan Siou di ITCC Penampang

Oleh: Nio James

PENAMPANG: Institusi Huguan Siou hendaklah dijadikan suara dan titik perhimpunan masyarakat Kadazandusun untuk menuntut hak masyarakat itu daripada kerajaan.

Setiausaha penganjur Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Ceasar Mandela Malakun berkata bahawa institusi itu menjadi landasan apabila Huguan Siou membentangkan keperluan masyarakat kepada kerajaan yang memberi manfaat kepada masyarakat Kadazandusun.

“Bagaimanapun, untuk berbuat demikian, marilah kita semua bersatu dengan Huguan Siou kita dan marilah kita semua menyokongnya dan berterima kasih kepadanya atas perjuangannya yang tidak terhingga demi Kadazandusun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis makan malam ulang tahun ke 35 memperingati pertabalan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai Huguan Siou di ITCC, di sini pada Ahad.

Mandela, yang juga pengerusi penganjuran majlis itu berkata bahawa institusi Huguan Siou semakin penting pada hari ini dan dalam zaman ini untuk menjalin perpaduan dan menanamkan kecintaan kepada budaya dan identiti di kalangan masyarakat Kadazandusun.

“Ramai Kadazandusuns, terutama dari generasi saya masih belum memahami kepentingan mempunyai Huguan Siou.

Bagi kebanyakan mereka, ia adalah tajuk semata-mata. Mengikut era moden dan dengan zaman digital, ramai juga mempersoalkan keperluan institusi seperti ini yang dianggap sebagai kuno dan tidak memberi manfaat kepada manusia moden.

“Bagaimanapun, tidak ada yang lebih jauh dari kebenaran. Pada hari ini dan zaman ketika Kadazandusun kelihatan begitu berpecah-belah dan tidak berhubung dengan warisan budaya mereka, Huguan Siou harus dilihat sebuah institusi untuk memupuk perpaduan serta menanamkan cinta untuk kebudayaan dan identiti.

“Apabila masyarakat kita sendiri tidak bersetuju dengan pelbagai isu, menjadi isu identiti atau ideologi politik, Huguan Siou adalah titik perhimpunan Kadazandusun.

“Sama seperti dalam keluarga, apabila terdapat perselisihan di kalangan anggota keluarga, seseorang harus selalu berpaling kepada ketua keluarga untuk mendapatkan nasihat. Huguan Siou dapat disamakan dengan bapa kita.

“Sebabnya adalah kerana seorang bapa sentiasa bijak dan kebijaksanaannya adalah panduan kepada kita dalam kehidupan,” katanya.

Pairin ditabalkan sebagai Huguan Siou (ketua agung) masyarakat Kadazandusun pada 1 Julai 1984 di balai raya Kampung Tuavon di Penampang.

Dia adalah Huguan Siou yang kedua selepas Tun Fuad Stephens. Turut hadir Puan Seri Rahimah Stephens (isteri mediang Tun Fuad Stephens), Timbalan Presiden KDCA Datuk Seri Panglima Dr Clarence Bongkos Malakun dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.