TAMPARULI, 5 Mac – Umat Katolik Gereja St. Henry melahirkan rasa gembira dengan kehadiran Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang turun padang melawat gereja itu di Kampung Kelawat, di sini, baru-baru ini.
Menurut salah seorang umat, Julinah Juni, kehadiran Madius sangat dihargai dan membolehkan mereka memperlihatkan keadaan gereja kepada beliau secara langsung.
“Kami berterima kasih atas kesudian DSP Madius untuk turun padang untuk mendengar suara kami dan melihat hasil kerja daripada peruntukan beberapa tahun lalu.
“Di samping itu, kami dapat mengongsikan beberapa perkara yang berada di luar pengetahuan datuk dan beberapa keperluan mendesak di gereja ini,” katanya.
Beliau ditemui Berita Sabah selepas bersama-sama menyambut kehadiran Madius dalam kunjungan di gereja berkenaan.

Sementara itu, Madius memaklumkan keadaan Gereja St Henry agak merbahaya kerana terdapat terdapat tanah runtuh dihadapan bangunan gereja.
“Saya telah meluangkan masa turun padang melihat sendiri gereja ini selepas dimaklumkan tetang beberapa perkara oleh umat Katolik di sini.
“Antaranya termasuklah melihat sendiri kerja-kerja yang telah dilaksanakan daripada peruntukan yang diberikan kira-kira dua tahun lalu.
“Saya juga difahamkan terdapat permasalahan dalaman sehingga berlaku kepincangan dalam melakukan kerja-kerja yang sepatutnya sudah selesai,” ujarnya.

Setelah melawat sendiri tapak gereja ini, katanya beliau mendapati ia juga dalam keadaan yang merbahaya kerana ada tanah runtuh dan berlaku beberapa kerosakan pada bangunan.
“Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk bertemu dengan pemimpin gereja bagi membincangkan inisiatif yang boleh diambil bersama.
“Sebagai langkah keselamatan terutama di kawasan tanah runtuh, saya juga menasihatkan umat di sini untuk berhati-hati ketika berada di kawasan gereja bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku terutamanya pada musim hujan,” jelasnya

More Stories
Sunduan Nabalu : Hak 40 peratus –Maruah dan ekonomi kini di Sabah
PERTUBUHAN ORANG ASAL SABAH SERU KERAJAAN PUSAT DAN AGC TIDAK TERUSKAN RAYUAN ISU 40% HASIL SABAH
Rayuan AGC Gugat Keyakinan Pelabur, Iklim Ekonomi Sabah – BAYAHAN