Golongan pesakit di sekitar Mengkabong terharu dengan kunjungan Ahli Parlimen Tuaran

Madius melawat dan memberi bantuan kepada Jui madurah di kg. Pensurun besar, Mengkabong, Tuaran

TUARAN, 7 Mac – Kunjungan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau terhadap beberapa masyarakat yang menghidap penyakit di Mengkabong, di sini baru-baru ini menerima pujian masyarakat setempat.

Mereka meluahkan rasa terharu dan menyifatkan Madius sebagai seorang pemimpin yang prihatin dan sentiasa mengambil berat dengan kebajikan rakyat.

Menurut salah satu wakil keluarga yang menerima kunjungan bantuan, Samba Muin, kunjungan dan bantuan yang diberikan itu merupakan satu jasa besar dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Madius melawat dan memberi sumbangan kepada Haji ayub siamit di kg. Tembiluk, Mengkabong, Tuaran.

“Saya gembira kerana dengan bantuan tersebut dapat membantu saya dan isteri saya. Saya tidak akan lupakan jasa Datuk.

“Inilah pemimpin yang kita mahukan. Dia (Madius) tahu bahawa ada orang sakit dan terus datang ke sini.

“Jangan seperti orang yang sudah naik keatas terus tidak sudah mau pedulikan rakyat,” katanya ketika ditemui Berita Sabah.

Madius melawat dan memberi sumbangan kepada Lamdin gundah di kg. Buansa, Mengkabong, Tuaran.

Dalam kunjungan tersebut, Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada tujuh rumah yang masing-masing mempunyai ahli keluarga yang sedang sakit.

Seorang lagi pesakit, Lamdin Gundah berkata, sumbangan Madius sesungguhnya memberikan kegembiraan kerana dapat mengurangkan sedikit bebannya.

“Saya terharu melihat wakil rakyat sendiri sanggup datang ke rumah untuk melawat saya yang dalam keadaan sakit. Terima kasih banyak Datuk,” katanya yang turut menerima bantuan.

Pada kunjungan tersebut, Madius telah melawat golongan yang sedang menderita sakit akibat kanser, sakit tua dan beberapa penyakit lain.

Yahya madurah dari kg. Pensurun besar menceritakan keadaanya kepada Madius.
Madius menghulurkan bantuan kepada Lo jembalan di kg. Pensurun kecil.
Madius menghulurkan bantuan kepada Aribin loh di kg. Pensurun kecil.