TUARAN, 13 April — Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bukan sahaja memberi inspirasi kepada rakyat malahan kepada tenaga pengajar yang berada di tadika ivy, kiulu.

Pemilik Tadika IVY, Jackquelen Munsing berkata, kehadiran madius ke tadika ini sangat dihargai dan memberi motivasi kepada seluruh tenaga pengajar.
“Pemimpin begini sanggup turun tengok tempat ini walaupun kecil, mesra betul dengan masyarakat, dia tidak tengok orang, saya nampak datuk orang yang sangat baik, saya sangat hormat datuk.
“Kami juga tambah bersemangat apabila DSP bagi inspirasi,” katanya ketika ditanya pemberita.

Jackquelen juga memaklumkan bahawa tadika tersebut turut mempelawa kanak-kanak istimewa untuk belajar bersama.
“Kami ada juga kanak-kanak yang istimewa terutama sekali ada beberapa orang, ada speech delay, autisme, ADHD dan itulah sebab saya bersemangat sebab mahu bantu kanak-kanak ini,” katanya.
Beliau yang juga salah seorang tenaga pengajar memaklumkan, Tadika IVY menggunakan tiga bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Inggeris.
“Ramai kanak-kanak yang masuk Tahun Satu dia tidak pandai berkomunikasi, tidak tahu apa itu Kadazandusun jadi atas kesedaran itu saya ambil inisiatif ajar kepada awal kanak-kanak Bahasa Kadazandusun, kita tidak mahu identiti Kadazandusun hilang,” jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi tenaga pengajar yang ditemui, Debbie Lynn Gipin memberitahu, pemilihan bahasa kadazandusun dan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar adalah bagi membantu kanak-kanak menguasai bahasa tersebut di peringkat awal usia.
“Sebelumnya, kami ada berbincang dengan Guru Besar untuk menggunakan Bahasa Kadazandusun tetapi bukan dalam subjek, kami cuma ajar dalam percakapan harian,” kata Debbie.
Dalam pada itu, Jackquelen berkata, tadika tersebut mendapat sambutan memberangsangkan, bagaimanapun belum mampu menampung permintaan ibu bapa kerana ruang yang terhad.
“Pada mulanya, kami buat ini secara kecil-kecilan, sasaran budak sampai 15 orang untuk kami dua orang guru, tetapi memandangkan sambutan yang banyak, lebih daripada 27 orang sudah kami terpaksa menolak beberapa orang minggu lalu sebab kapasiti dia melebihi dengan pelajar,” jelas Jackquelen.
More Stories
FPL UMS Jalin Kerjasama Strategik Dengan Universitas Muhammadiyah Makassar, Indonesia
UMS, UNDIP Meterai Kerjasama Penyelidikan Masyarakat Maritim Asia Tenggara
UMS semarak lonjakan ekosistem inovasi