PAPAR: Pemandu Grab wanita cedera di kepala dan muka apabila disamun seorang lelaki yang juga penumpang perkhidmatan berkenaan di Kinarut, di sini, tengah hari tadi.
Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa wanita berusia 59 tahun dikatakan mengambil seorang penumpang lelaki di pekan Inanam.
Sumber berkata, suspek menempah perkhidmatan Grab untuk ke Karamunsing.
“Sebaik tiba di lokasi yang ditempahnya, suspek meminta supaya mangsa menghantarnya di Kinarut.
“Ketika tiba di Kinarut, suspek bertindak memukul belakang kepala dan muka mangsa sebelum meninggal mangsa di tepi jalan Kampung Gana, Kinarut,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kenderaan milik mangsa jenis Perodua Myvi.
“Turut dilarikan barang peribadi mangsa.
“Penduduk kampung yang melihat keadaan mangsa berlumuran darah kemudian segera membantu sebelum menghubungi pihak polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Mangsa sudah dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.
“Kita percaya dalam masa terdekat suspek akan dapat diberkas,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394/379 Kanun Keseksaan.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK