Kerajaan memutuskan status tiga negeri dan Kuala Lumpur yang dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan dan digantikan dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula 5 Mac hingga 18 Mac.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata tiga negeri itu adalah Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
“Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal di bawah PKPB.
“Manakala Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukarkan status dari perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) kepada perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
“Perlis kekal status PKPP,” katanya pada sidang media hari ini.
Ismail berkata kerajaan membenarkan rentas daerah seluruh negeri kecuali Sabah manakala pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan.
Beliau berkata pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini akan berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini kecuali Sarawak iaitu dari 2 hingga 15 Mac ini.
“Bagi Sabah, kerajaan negeri telah memohon agar sekatan rentas daerah dikekalkan untuk tempoh dua minggu lagi, manakala aktiviti “barter trade dan transhipment” akan diaktifkan semula dengan pematuhan SOP yang ketat.
“Ramai yang bertanya kepada saya mengapa tempoh dua minggu digunakan bagi menentukan tindakan atas keputusan kerajaan.
“Tempoh dua minggu ini sebenarnya adalah tempoh inkubasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Seterusnya, KKM akan membuat penilaian risiko setiap dua minggu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata rakyat perlu memberi kepercayaan kepada polis dalam menjalankan tugas untuk mengkompaun mereka yang melanggar SOP PKP.
Beliau berkata tidak akan berlaku penganiayaan kepada rakyat apabila kerajaan menaikkan had kompaun RM10,000.
“Polis akan guna budi bicara terbaik mereka. Jangan anggap kompaun RM10,000 polis akan ambil kesempatan saman sesiapa sahaja RM10,000.
“Kalau setakat tak pakai pelitup muka dan tidak ada penjarakan sosial, tak kan kena RM10,000,” katanya.
Beliau menambah, setiap kes kompaun boleh dirayu untuk dikurangkan jumlah yang perlu dibayar berdasarkan keputusan pegawai kesihatan di peringkat daerah.
More Stories
Keputusan SPM diumum 24 April
Lelaki tipu jual beli emas ditahan polis
Tamu Dongongon berwajah baharu apabila siap dinaik taraf April 2026