MALPAM: PUSAT HIBURAN MESTI DIKAWAL KETAT… kerana sumber dadah bermula dari pusat itu

PENGHARGAAN…Abdullah menerima cenderakenangan daripada Juhari

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Usaha untuk membentras dadah di seluruh negara perlu dilakukan secara serius, kata Presiden Majlis Lembaga Pelawat AADK Malaysia (MALPAM), Lt. Kol. (K) Datuk Haji Abdulah Haji Abu Bakar.

Beliau berkata, usaha itu tidak seharusnya dipandang remeh dan kerajaan harus membentrasnya kerana ia merupakan musuh nombor satu negara.

“MALPAM hari ini ingin mengisytiharkan bahawa kerajaan harus mengambil perhatian serius terhadap pusat-pusat hiburan diseluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Kerana mengikuit kajian MALPAM, pusat-pusat hiburan merupakan antara tempat sumber berlakunya penyalahgunaan dadah.

“Mengedar dadah disana, urusan jual beli dadah disana dan sebagainya. Sama ada pusat hiburan itu mempyunyai lesen atau tidak perkara ini harus kita titik beratkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Anti-Dadah Peringkat Negeri Sabah 2019, di Universiti Malaysia Sabah (UMS), disini pada Khamis lalu..

Seminar itu dianjurkan oleh Alumni Majlis Belia Malaysia (AMBM) Negeri Sabah dengan kerjasama UMS, AADK dan PEMADAM.

Abdulah berkata, MALPAM mendapati pusat hiburan antara puncanya dadah mula tersebar di seluruh negara.

Justeru katanya, pusat hiburan dan kelab malam, sama ada muzik yang ada didalam premis, orang-orang yang bekerja dalam itu, apa yang berlaku didalam premis harus dipantau secara rapi oleh kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), PDRM, Imigresen, dewan bandaraya dan agensi-agensi yang berkaitan.

“Mulai hari ini MALPAM mengisytiharkan bahawa semua pusat hiburan mesti dikawal dengan ketat kerana sumber dadah bermula dari situ,” katanya.

Abdullah berkata, selain itu pertambahan baru kes dadah yang membimbangkan ia berlaku dikalangan anak-anak di sekoah rendah selain sekolah menengah yang semakin lama semakin serius.

“Maka, kalau kita tak bentras secara besunguh-sungguh khususnya bermula daripada sekolah rendah saya khuatir akan ramai generasi muda yang terjebak dengan dadah,” katanya.

Abdullah juga memberitahu bahawa MALPAM telah mengadakan road show di seluruh negara, bermula di utara, selatan dan pantai timur Semenanjung Malaysia dan berakhir di Sabah kelmarin.

Katanya, road show ini adalah untuk mencari idea, buah fikiran dan solusi untuk membantu mengatasi masalah dadah di dalam negara.

“Kita akan kumpulkan semua maklumat dan menghimpunkan semua idea yang telah diberikan oleh orang ramai, para peserta dalam program yang kita telah anjurkan.

“Kemudian kita bincangkan dalam satu program yang dinamakan persidangan meja bulat tentang dadah,” katanya.

Juhari dan Abdullah bersama jawatankuasa AMBM Sabah bersaparan pagi sebelum majlis perasmian seminar itu bermula.

Katanya, program itu akan dilaksanakan sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan, membabitkan AADK, PEMADAM dan semua agensi dan NGO yang terlibat dengan isu dasdah.

“Kita akan kumpulkan idea dan kita minta pandangan akhir daripada mereka untuk kita kemukakan kepada  kerajan khususnya Kementerian Dalam Negeri untuk sama-sama membantu mengatasi masalah dadah di negara ini iaitu musuh nombor satu negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia (AMBM) Negeri Sabah, Datuk Juhari Janan berkata, maslah dadah perlu dibentras habis-habisan.

Katanya, salah satu usaha yang perlu dilakukan dengan serius adalah dengan melalukan kawalan rapi terhadap kemasukan barangan daripada negara jiran ke negeri ini.

Turut hadir Timbalan Presidem MALPAM Kapten Mohamed Saufee Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AADK Dr Sabri Zainudin Zainal, Pengarah AADK Negeri Sabah Bakri Bibi, Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Sabah Dr Hajah Ananglangka Mad Kassim, Pengarah CCRC Papar Hamedie Ibrahim dan Presiden Majlis Belia Sabah Ahmad Farid Sainuri.