Eddie (3 dari kanan) semasa sidang akhbar kelmarin bersama AJK PJKAYS, Mutiara Events dan penaja-penaja yang hadir.
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Lebih daripada 800 peserta akan menyertai Larian Amal Gaya Sihat 2019 yang akan diadakan di Padang Merdeka pada hari Ahad, 8 Sep 2019.
Presiden Pertubuhan Jaringan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabah (PJKAYS), Datuk Eddie Abdullah berkata, larian amal itu diadakan bertujuan untuk mengutip dana untuk pertubuhan itu.
Beliau berkata, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Haji Uda Sulai telah dijemput sebagai tetamu kehormat acara tersebut.
“Beliau dijangka akan menyempurnakan majlis pelepasan peserta pada pukul 6.00 pagi di pintu gerbang Padang Merdeka,” katanya pada sidang media, disini, kelmarin.
Peserta akan berlari didalam dua kategori, ia itu 12 km untuk perlumbaan utama dan dan 5 km larian suka-suka.
Peserta yang mengambil bahagian didalam kategori 12 km dipecahkan kepada lelaki terbuka, lelaki veteran, wanita terbuka dan wanita veteran.
Untuk perlumbaan utama ini, hadiah sejumlah RM5,000 akan dipertandingkan.
Eddie berkata, acara 5 km Larian Suka-Suka memberi peluang untuk menggalakkan orang ramai terutamanya keluarga dan para belia untuk menyertai kegiatan amal hidup sihat dan dimasa yang sama beriadah sambil beramal.
Katanya, selain daripada peserta-peserta berdaftar, 50 orang anak yatim daripada berberapa rumah anak yatim di Kota Kinabalu dan Tambunan dijemput untuk bersama-sama meraikan serta memeriahkan acara itu nanti.
Disamping mendapat kemeja T, medal serta sijil, para peserta akan berpeluang untuk memenangi lebih daripada 20 hadiah cabutan bertuah yang terdiri daripada TV LED 32, basikal, barngan letrik, penginapan di hotel-hotel 4 Bintang, tiket kapal terbang, baucer makan malam dan hamper yang disediakan oleh penganjur.
Eddie mengingatkan peserta larian untuk mendapatkan bungkusan perlumbaan (race pack) mereka pada Jumaat, 6 September daripada pukul 10 pagi hingga 6 petang dan pada Sabtu, 7 Sep daripada pukul 10 pagi hingga 3 petang diPejabat Mutiara Events, yang terletak di Lot 35, Tingkat 2, Wisma SEDCO, Jalan Coastal Highway, KK.
Menurut Eddie, Larian Amal ini dikendalikan oleh Mutiara Events bagi pihak PJKAYS.
Beliau berterimah kasih kepada para penaja utama acara itu, iaitu Ararat Sports & Souvenirs Sdn Bhd, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Begas Energy and Azam Jaya serta penyumbang yang lain seperti Dynasynergy, MasWings, Pak Andis Seafood Restaurant, Boustead DCNS Naval Corp Sdn Bhd, Hilton Hotel KK, Promenade Hotel, Le Meridien KK, KupiKupiFm, Perkasa Trading, Perkasa Realty, Gleneagles Hospital KK, KK Leisure Tour, McDonalds, Dreamtel, Vico and Nandos yang telah menderma dan menyokong Larian ini.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ