Mayat lelaki yang dijumpai di tepi Sungai Kiabau pada hari Isnin
Oleh Kahar Ali
TELUPID – Mayat seorang lelaki yang mati lemas ditemui di tepi Sungai Kiabau dekat sini pada hari Isnin.
Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki tersebut pada jam 1.15 petang.
Menurutnya, saksi yang telah menemui mayat seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun, berbangsa Timor dalam keadaan tertiarap di tepi sungai.
“Mangsa berpakaian lengkap berbaju kemeja T dan memakai seluar panjang. Siasatan di lokasi mempercayai mangsa telah lemas dibawa oleh arus sungai.
“Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan dan tiada sebarang unsur-unsur jenayah,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dipercayai tidak pandai berenang telah dibawa oleh arus deras sungai sehingga mengkibatkan mati lemas.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Duchess OF Kent di Sandakan untuk bedah siasat,” katanya lagi.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline IPD Beluran 089-511222, kata Kasim.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ