WANITA DILAPORKAN HILANG SEJAK SEP 7

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU :  Seorang wanita di Lahad Datu dilaporkan hilang selepas gagal pulang ke rumah dari tempat kerjanya sejak lima hari lepas.

Safina Latud (gambar) yang berumur 42 tahun dipercayai hilang apabila beliau tidak balik ke rumahnya di FELDA Sahabat 42 setelah keluar bekerja di tapak semaian sawit jam 5.30 pagi hari Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Safina untuk segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat ASP Pattry Yunam di talian 019 803 4209.

Menurut Nasri, anak wanita tersebut membuat laporan polis pada hari Selasa setelah usaha bersama pihak pengurusan  ladang di sekitar ladang terbabit gagal mengesannya.

Wanita itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter, memiliki kulit sawo matang dan  tahi lalat disebelah kanan pipi , kata Nasri.