Vivian Wong (kiri) semasa pertemuan dengan Philip Lokupi
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong berkata penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan yang bermula pada Okt 28 depan akan mendatangkan kesan yang positif kepada industri pelancongan Sandakan.
Beliau berkata, terdapat 6 penerbangan terus antara kedua-dua tempat ini dalam setiap minggu dan ini akan membawa lebih banyak pelancong asing datang ke Sandakan.
Vivian berkata, penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan merupakan penerbangan antarabangsa pertama di Lapangan Terbang Sandakan dan juga permulaan dalam usaha untuk Lapangan Terbang Sandakan mencapai status lapangan terbang antarabangsa.
Demikian dinyatakan oleh Vivian selepas bertemu dengan Pengurus Jualan Sabah Syarikat Penerbangan Royal Brunei Philip Lokupi. Beliau amat mengalu-alukan terhadap kedatangan penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan.
Sementara itu, Philip memberitahu Vivian bahawa Syarikat Penerbangan Royal Brunei akan menyediakan penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan setiap hari dari Isnin hingga Ahad kecuali Khamis.
Pada hari Isnin, Jumaat dan Ahad akan berlepas dari Sandakan pada jam 3.05 petang manakala Selasa, Rabu dan Sabtu ialah jam 8.35 malam berlepas dari Sandakan.
Vivian juga dimaklumkan bahawa penerbangan terus antara Brunei dan Sandakan akan memudahkan pelancong dari Sandakan memindah ke destinasi lain seperti London, Australia, Jepun dan China di Lapangan Terbang Brunei.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ