Oleh Faizal Rahman
BELURAN: Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar lari oleh kenderaan di Kilometer 3, Jalan Beluran-Telupid, berhampiran Taman Palntung, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pgi itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Rosli, Lelaki, berumur 30an tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam keadaan mabuk sedang berjalan kaki di tempat kejadian iaitu kawasan selekoh.
“Kenderaan telah melanggar mangsa terus melarikan diri meninggalkan tempat kejadian. Orang awam yang menjumpai mangsa telah terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” tambah beliau.
Menurut Kasim, setakat ini, belum ada maklumat berkaitan dengan kenderaan yang telah melanggar mangsa.
Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Beluran meminta bantuan sekekiranya terdapat saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ