Papan Tanda Menuju Rumah Panjang Marajak di Bavanggazo
Oleh Aissac Bjsim
MATUNGGONG: Terletak hanya 3.5 kilometer daripada pekan Matunggong, Rumah Panjang Marajak di Bavanggazo jalan Kudat merupakan antara destinasi menarik bagi para pelancong yang mesti dikunjungi ketika berada di bahagian utara negeri di bawah bayu ini.
Rumah panjang suku kaum Rungus dibina mengikut seni bina asli diperbuat daripada kayu, berlantaikan buluh dan beratapkan daun rumbia atau nipah dengan perlatan lain seperti perabut kayu dan tangga menaiki rumah juga daripada kayu bulat yang dibina dikawasan seluas kira-kira 10 ekar dengan lenskap yang menarik serta ditanami dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang menjadi model ladang amalan suku kaum tersebut sejak turun temurun.

Pengurus juga pengasas Marajak Long House and Homestay, Marajak berkata dia dan keluarganya telah membina rumah panjang pada awal tahun 2002 setelah rumah panjang yang lama terbakar, sekarang ini rumah panjang mempunyai kemudahan 10 buah bilik untuk disediakan bagi pengunjung dengan caj penginapan yang berpatutan selain menyediakan makanan tradisional suku kaum Rungus menurut permintaan.
“Sekarang ini kehadiran para pelancong dalam dan luar negeri hanya pada hujung minggu, dewan rumah panjang yang menghala naik ke anak bukit boleh menampung 200-300 orang dalam satu masa, bagaimanapun bilik penginapan hanya mampu menampung 50 hingga 100 orang” katanya.

Sementara itu pembantu yang juga isteri beliau, Betty Manahut (gambar), yang memang pakar dalam sulaman kain dan pembuatan kraftangan berasaskan manik, memberitahu pengunjung juga melihat dan melawat di bahagian pameran membuat kraftangan di mana terdapat jualan cendera kenangan disamping para pengunjung boleh membuat tempahan .
Katanya, antara aktiviti lain ditawarkan kepada para pengunjung ialah mendaiki gunung Gomantong (Gunung tertinggi di Kudat) yang terletak tidak jauh dari perkampungan sambil berjalan kaki meredah hutan dan menikmati pemandangan alam semula jadi serta melihat keindahan matahari terbenam ketika berada dipuncak gunung tersebut.

“Rumah panjang tersebut telah diberikan pelbagai penghargaan dan perhatian oleh pelbagai produser rencana filem dan TV seperti CCTV, RTM dan TV3.
Premis ini juga pernah digunakan sebagai venue mengadakan bengkel dan sebagainya oleh para pelajar dari UMS, UITM, dan Perbadanan Pelancongan,” katanya lagi.
Rumah panjang Marajak juga boleh dilayari menerusi www. Sabahtourism atau hendak menempah www.tripadvisitor.com, www.holidaygogogo.com,

More Stories
Cuaca Sejuk dan Berangin Tidak Halang Sekumpulan Pendaki Tawan Gunung Kinabalu
RM71.3 bilion pendapatan dalam sektor pelancongan pada tahun 2023
Pelancongan luar bandar dijangka terus melonjak tahun hadapan