Ewon terima kunjungan hormat SJA

Ewon (tengah) menerima surat jemputan SJA yang disampaikan oleh Muguntan (tiga kiri). Turut kelihatan Ahli Jawatankuasa SJA yang turut sama hadir semasa kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) di pejabatnya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, Sembulan, Kota Kinabalu pada Rabu.

Presiden SJA Datuk Muguntan Vanar mengetuai kunjungan itu, bertujuan menyampaikan jemputan SJA ke majlis Anugerah Kewartawanan Kinabalau (AKK) 2019. Ewon menyatakan kesudian untuk hadir sama ke majlis AKK 2019 yang akan diadakan pada 25 November 2019.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dijangka merasmikan majlis berkenaan yang juga pengiktirafan untuk pengamal media di negeri ini.