Calon SPM Diseru: Perlu Fokus

Motivasi terakhir:  ‘Yakin Boleh’ oleh cikgu Fedelish

Oleh  Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Para calon peperiksaan SPM yang akan menduduki ujian tersebut iaitu fasa  pertama yang telah diadakan kelmarin sebelum itu telah  diingatkan agar fokus sepenuhnya kepada ujian tersebut bagi menjamin  keputusan  terbaik  demi menjamin masa hadapan pelajar itu sendiri.

YDP PIBG Niol, antara 100 Ibubapa yang hadir memberikan suntukan semangat dan sokongan moral kepada para calon SPM

Pengetua Cemerlang SMK Kota Marudu II (Salaping) Haji Marmoh Kasman berkata,  harapan tinggi diletakkan  ibubapa dan guru dibahu para pelajar memandangkan pelbagai  usaha, teknik dan pendekatan serta motivasi  telah diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar yang akan menhadapi peperikasaan  tersebut.

“Semua calon diingatkan agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat  mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang  perlu dipatuhi semasa memasuki dewan peperiksaan” katanya semasa berucap pada majlis restu pelajar SPM  di dewan Perdana  SMK Kota Marudu II  (Salaping) pada Jumaat.

Nisah diapit ibunya Maslindah dan Guru kelasnya

 “Kita tidak mahu ada kes pelajar yang lambat kerana tertidur, calon juga dingatkan agar membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan  dan pengendalian peperiksaan dijalankan dengan lancer,” katanya.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM)  seramai  416,415  orang calon  layak menduduki pepeiksaan pada  tahun  ini di 3,313  pusat peperksaan dan tahun ini sekolah tersebut mempunyai  calon SPM seramai 149 orang termasuk seorang OKU  dan  merupakan  antara contoh Sekolah  luar bandar yang terbaik.

Antara 149 calon SPM bersama guru-guru mereka

Sementara itu Yang Dipertua PIBG Niol Lumpitau berharap agar sokongan dikalangan ibubapa  terhadap  apa juga program yang dianjurkan  oleh pihak sekolah dan PIBG haruslah disokong  dan dikekalkan demi membantu peningkatan prestasi akademik dan juga dapat menaikkan lagi nama sekolah ini.

“Kita amat bangga dengan kejasama Ibubapa sehingga dinobatkan menjadi johan bagi keceriaan dan kecantikan surau peringkat negeri dan menjadi calon keperingkat kebangsaan tahun ini” katanya.   

Majlis tersebut turut dihadiri lebih 100 orang warga ibubapa yang turut memberikan suntikan semangat kepada calon-calin SPM.