Pengerusi penganjur Rudy Mohamad menyampaikan cenderakenangan kepada Zakaria (3 kiri) semasa program
SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Zakaria Hj Mohd Edris, menyambut baik peruntukan Projek Bekalan Air Bersih sebanyak RM 470 juta untuk kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Pembentangan Belanjawan 2020, Jumaat lepas.
Zakaria berharap, kawasan Libaran turut menerima limpahan daripada peruntukan itu bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi rakyat di kawasan berkenaan.
Ini kerana kata beliau, ketika ini masih terdapat kampung di Libaran belum menikmati bekalan air bersih antaranya Pulau Nunuyan, Pulau Libaran, Pamaguan, Tanjung Pisau dan beberapa lagi kampung lain. B
eliau ditemui media sempena Program Sukan Komuniti Zon Taman Airport, di gelanggang Futsal Kampung Sungai Obar, Batu 7 Jalan Sungai Kayu pada hari Ahad.
Beliau turut menyambut baik peruntukan besar sebanyak RM 5.2 bilion diberikan Kerajaan Pusat kepada negeri Sabah.
Menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai belanjawan mesra rakyat dan menyeluruh, Zakaria berkata peruntukan itu membukti kerajaan prihatin dengan keperluan penduduk di negeri ini terutamanya dalam membangunkan kawasan luar bandar.
Sementara berucap merasmikan program itu, Zakaria berkata, kegiatan sukan yang berterusan berupaya mengelak komuniti khususnya golongan belia daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat.
Pada masa sama kata beliau, aktiviti seumpama itu dapat memperkukuh perpaduan dan semangat persaudaraan antara masyarakat.
Program sehari itu diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya senamam zumba, boling kelapa, dan acara tarik tali.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad