KEBAKARAN BANGUNAN PEJABAT SEBUAH LADANG SAWIT DI KINABATANGAN

Oleh Faizal Rahman

KINABATANGAN:  Bangunan pejabat sebuah ladang sawit yang terletak hampir 46 KM dari sini musnah dalam satu kebakaran semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Jamaludin , panggilan kecemasan telah diterima melalui sistem MERS 999 pada jam 8.30 malam.

Pasukan Bomba kemudian telah respon dengan menggunakan 1 buah jentera iaitu sebuah jentera FRT yang diketuai oleh PBK II Hairul Jamal bersama 4 orang anggota, kata Nurul Azlan.

“Kebakaran dapat dikawal oleh pasukan Bomba pada jam 9.35 malam sebelum operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 1.43 pagi,” tambah beliau.

Kejadian tidak ada melibatkan kecederaan dan kematian mangsa dilaporkan. Pihak Bomba sedang menyiasat untuk mengenalpasti punca kebakaran dan kerugian, katanya lagi.