Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Satu blok rumah kongsi pekerja sebuah ladang sawit di Kalabakan yang terletak 106 KM dari sini musnah dalam satu kebakaran semalam.
Balai Bomba dan Penyelamat Tawau telah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.29 malam (talian balai) dan seterusnya respon ke tempat kejadian dengan menaiki dua buah jentera diketuai oleh PBK II Roslie Suyut bersama 7 orang anggota serta 9 orang anggota daripada Pasukan Bomba Sukarela Kalabakan.
Satu blok rumah kongsi terdiri dari 6 pintu jenis separuh kekal telah terbakar 100% semasa jentera tiba. Pasukan Bomba meneruskan operasi pemadaman barah-barah api dan memastikan tiada sebarang kemerbahyaan lain sehingga kawasan persekitaran diistyihar selamat.
Operasi terkawal pada jam 1.37 pagi hari ini dan tamat pada jam 1.56 pagi. Kemusnahan rumah tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad