Alsa Sunsing Ketua Pemuda UPKO Kinabatangan (dua kanan) menyampailan Sijil Penghargaan Kepada Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia cawangan Sandakan
ENTILIBON : Seramai 60 Pelajar SMK Entilibon, Tongod berjaya menamatkan Bengkel ICT, Microsoft Word dan PowerPoint 2010 Peringkat Daerah Tongod 2019.
Bengkel ini terbahagi kepada 2 fasa. Fasa pertama dilakasanakan pada 4 – 6 September, manakala fasa ke dua telah diadakan pada 22-24 Oktober.
Sepanjang Bengkel ini diadakan, peserta telah didedahkan dengan aplikasi Microsoft Word dan PowerPoint dalam kehidupan seharian.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Alsa Sunsing Pemaju Mukim zon Entilibon merangkap Ketua Pemuda UPKO Bahagian Kinabatangan.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan Bengkel tersebut.
Seterusnya beliau mengingatkan kepada peserta bahawa perkembangan ICT yang pesat akan menguntungkan kepada individu yang kreatif dan inovatif.
Walaubagaimanapun seseorang itu mesti memiliki jati diri, berilmu dan berintegriti kerana jika pengetahuan ICT ini disalahgunakan ianya akan merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara melalui aktviti yang tidak sihat seperti menyebarkan fitnah, penipuan di alam siber dan lain-lain ujarnya lagi.
Kursus 2 fasa itu dianjurkan atas usaha kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah Tongod, SMK Entilibon, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia cawangan Sandakan, Pusat Internet Kampung Linayukan, Pusat Internet Kampung Sogo-Sogo dan Pusat Internet Pekan Tongod.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ