Tapak kaki gajah pigmi dipotong, kata pegawai; Seorang aktivis menggesa bancian baharu bagi gajah di Sabah dijalankan.

Seorang kakitangan hidupan liar sedang memeriksa bangkai gajah pigmi jantan yang didapati terapung-aoung di sungai Kinabatangan dua hari lalu.

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah menggesakan bahawa kematian gajah pigmi yang bangkainya ditemui terapung di sungai Kinabatangan dua hari lalu itu adalah akibat perbuatan jahat.

Pengarah jabatan berkenaan En. Augistine Tuuga memberitahu FMT bahawa hasil bedah siasat ke atas bangkay binatang tersebut mendapati tapak kaki di kedua-dua kaki depan telah dipotong.

“Ini jelas menunjukkan suatu perbuatan jahat keraja tapak kaki telah dipotong,” katanya sambal menambah bahawa bangkai haiwan itu sudah ditahap yang sukar untuk menentukan apa yang menyebabkan kematiannya.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa hanya 30% daripada bangkai itu yang tinggal semasa bedah siasat dijalankan.

“Kita tidak dapat memastikan umur atau saiz haiwan ini dan hanya menetahui bahawa ianya adalah gajah jantan,” katanya.

Sementara itu, seorang aktivis pemuliharaan hidupan liar menggesa kerajaan Sabah menjalankan tinjauan baru untuk menentukan populasi gajah pigmi di negeri ini.

Nurzhafarina Othman, pengasas Projek Seratu Aatai, yang dipetik FMT berkata anggaran jumlah 2,040 berdasarkan kajian rasmi yang dilakukan pada tahun 2006 sudah lapuk.

Dia berkata bahawa gajah pigmi adalah jenis haiwan yang terancam dan beberapa kematian yang berlaku akhir-akhir ini membuat satu kajian baru penting.

FMT juga memetik beliau sebagai berkata bahawa dia ingin melihat kajian itu dilakukan dengan merangkumi kawasan di luar hutan simpan kerana gajah ini juga didapati tinggal dikawasan luar daripada zon tersebut.