Rumah papan yang musnah dalam kebakaran di Kampung Mangkalinau, Sandakan
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Sebuah rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Mangkalinau berhampiran Batu 3 Jalan Utara pagi ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah menerima panggilan kecemasan jam 11.22 pagi melalui talian MERS 999.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan telah bergegas ke lokasi kejadian dengan jarak 3 KM daripada Balai.
Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Hazmizan Maksit bersama 5 orang anggota dengan menaiki 1 buah jentera FRT, 1 buah jentera Water Tanker dan 1 buah jentera kecemasan EMRS ke lokasi kejadian.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.39 pagi sebelum dipadam sepenuhnya. Komander Operasi melaporkan bahawa operasi pemadaman kebakaran tamat pada jam 12.33 tengahari.
Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ